|
|
|
|
|
Penukaran Alamat Surat Menyurat
|
|
Laman ini disediakan bagi membolehkan pembayar cukai yang memiliki
harta di kawasan Majlis Perbandaran Klang membuat penukaran alamat surat menyurat.
Ini adalah untuk memastikan semua bil - bil taksiran dapat
dihantar ke alamat surat menyurat pembayar cukai.
|
|
Semakkan Alamat Surat Menyurat
|
|
|
|
Bagaimana permohonan penukaran alamat surat menyurat boleh dibuat?
|
|
Anda boleh memohon dengan mengikuti cara:
-
Memohon melalui laman web. (Terbaru !!!)
-
Mengisi Borang Kemaskini Rekod Harta
yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang.
|
|
Bila Bil Taksiran akan dihantar ke alamat surat menyurat baru?
|
|
Majlis Perbandaran Klang mengeluarkan bil taksiran sebanyak 2 kali setahun iaitu
cetakan pada bulan Disember adalah untuk pengeluaran bil
taksiran setengah tahun pertama dan cetakan pada bulan Jun
adalah untuk pengeluaran bil taksiran setengah tahun kedua.
Cetakkan bil taksiran mengikut alamat surat menyurat yang baru hanya
akan dihantar mengikut tempoh masa seperti berikut:
-
Pemohon yang membuat penukaran alamat surat menyurat dari
November hingga Disember (tahun sebelum) dan Januari hingga April (dalam tahun berkenaan),
bil taksiran pemohon akan dihantar ke alamat surat menyurat baru pada setengah tahun kedua tahun berkenaan.
-
Pemohon yang membuat penukaran alamat surat menyurat dari Mei (tahun berkenaan)
hingga Oktober (tahun berkenaan), bil taksiran pemohon tersebut akan dihantar ke
alamat surat menyurat baru pada setengah tahun pertama tahun berikutnya.
Sila tekan di sini
untuk mengetahui bila alamat surat menyurat baru anda akan dicetak pada bil taksiran.
Tempoh Permohonan
|
Bil Taksiran terkini yang telah Dikemaskini
|
November - Disember (Tahun Sebelum)
Januari-April (Tahun Semasa)
|
Penggal Kedua Tahun Semasa
|
Mei - Oktober (Tahun Semasa)
|
Penggal Pertama Tahun Berikutnya
|
|
|
Memohon penukaran alamat surat menyurat melalui laman web?
|
|
Ya, kini anda boleh memohon menukar alamat surat menyurat melalui laman web.
Sila tekan di sini
untuk memulakan permohonan penukaran Alamat surat menyurat Harta anda.
|
|
Memohon penukaran alamat surat menyurat melalui borang?
|
|
Anda boleh mendapatkan Borang Kemaskini Rekod Harta bagi penukaran alamat surat menyurat dengan mencetak keluar.
Sila
tekan di sini untuk mencetak
Borang Kemaskini Rekod Harta.
|
|
|