Bantahan Notis Taksiran
 

    Seseorang yang tidak berpuas hati dengan Nilai Tahunan boleh membuat bantahan secara bersurat atau melalui web tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan dalam Notis Pindaan/ Menyemak Senarai Nilaian. Bantahan tersebut hendaklah berasaskan kepada perkara berikut sahaja iaitu:

  1. Harta yang dikenakan cukai adalah dinilai lebih tinggi dari yang sepatutnya.
  2. Harta tersebut adalah jenis harta yang tidak boleh dikenakan cukai.
  3. Harta tersebut sepatutnya dikenakan cukai tetapi telah tidak dinilaikan.
  4. Harta tersebut telah dinilai kurang dari yang sepatutnya.
  5. Harta yang dinilai secara bersama atau berasingan sepatutnya dinilai secara lain.

TOP
  Tempat Mesyuarat Bantahan Cukai Taksiran
 

    Tempat mendengar bantahan atau rayuan adalah di: 

     Dewan Mesyuarat
     Bangunan Sultan Alam Shah  
     Jalan Perbandaran
     41675 Klang

  Tatacara Mesyuarat Bantahan Cukai Taksiran
 

    Mesyuarat bantahan adalah untuk mendengar, meneliti dan menimbang segala bantahan yang dibuat oleh seseorang atau mana-mana pihak yang tidak berpuashati atas Notis Pindaan/ Menyemak Senarai Nilaian yang dikenakan ke atas harta mereka. Alasan bantahan mestilah berlandaskan kepada asas-asas yang dinyatakan seperti di atas sahaja.

    Pembantah hendaklah hadir sendiri di dalam mesyuarat tersebut atau mewakilkan kepada wakil mereka dengan memberi surat kebenaran wakil.

  Jawatankuasa Kecil Rayuan Cukai Taksiran
 

    Bantahan yang dikemukakan oleh pembantah akan didengar oleh Jawatankuasa Kecil Rayuan Cukai Taksiran. Jawatankuasa ini terdiri dari ahli-ahli Majlis Perbandaran Klang dan wakil Jabatan Majlis. Peranan mereka adalah untuk mendengar, meneliti, menyiasat dan menimbang segala bantahan yang dikemukakan.

TOP
  Keputusan Bantahan Cukai Taksiran
 

     Sekiranya seseorang individu telah membuat bantahan cukai taksiran dan masih tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis, mereka boleh membuat bantahan kepada Mahkamah Tinggi dengan cara usul permulaan. Usul permulaan ini hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan keputusan bantahan cukai taksiran dan jumlah cukai taksiran yang ditetapkan oleh Majlis telah dijelaskan terlebih dahulu.

TOP
   
(C)Hakcipta Terpelihara, Majlis Perbandaran KLANG 2012.